Monday, May 21, 2012



Selepas sibuk dengan banyak pengambaran di depan dan belakang kamera, graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam lakonan ini kembali ke pentas teater.

Di dalam teater, lakonan Amerul banyak memberikan kesan sewaktu terlibat dalam teater AirCon (2009) dan yang paling akhir sekali ialah Asrar II (2011).

Amerul banyak diundang berlakon dalam banyak filem yang kebanyakannya berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Antaranya ialah Gadoh, Karaoke,  Jimbo, Sini Ada Hantu, Tolong Awek Aku Pontianak dan Bunohan.

Kali ini, Amerul akan memainkan watak utama dalam produksi Rumah Anak Teater berjudul SeNaPaS (Sejarah Nasib Lepas) bersama Aznah Mohamed dan kumpulan Pelangi Chenta.

Berita lanjut di sini.

Thursday, April 26, 2012

Curtain Call: Projek Asas Teater

Drama queens and kings, rejoice! Jointly organized by myHarapan and acclaimed performing arts collective Rumah Anak Theatre, Projek Asas Teater is an intensive 9-week course designed to equip aspiring thespians with basic skills and knowledge in acting, dance, music and scenography.

Under the watchful eyes of a group of trainers and facilitators from various art and media backgrounds, participants will be coached in their respective chosen fields based on specially-constructed syllabi. These include trips to actual performing arts productions and the opportunity to star in one of their very own!

Lest you think that is all Projek Asas Teater has going for it, think again. Malaysia is a treasure trove of hidden creative talents. But like all treasure troves, they must be unearthed first. This is the foremost objective of the project, in addition to providing a platform for budding young individuals to develop their abilities, showcase them to a wider audience and hopefully further their careers in the cutthroat make-or-break world of entertainment.

Training will commence every Tuesday + Wednesday and Saturday + Sunday from April 24th to July 18th at Studio 1, PJ Live Art Theatre (directions). Actors and actresses will take to the floor at 9 to 11 a.m. followed by dancers at 11 a.m. to 1 p.m., musicians and singers at 2 to 4 p.m. and scenographers at 4.30 to 6.30 p.m.

Modules are as follows:

Drama | Breathing techniques, vocal projection, body exploration, blocking, observation, imagination, movement, expression, improvisation and memory recall.

Dance | Body manipulation, movement, dance & breathing techniques, step plan & music beat identification, dance count basics, movement & dance expression and dance & movement choreography basics.

Music and vocal training | Vocal & notation basics, singing, listening, breathing & instrument techniques, song-writing, pop & musical singing and music & song choreography.

Scenography | Scenography basics, color, shape, form, line, light & space identification, perspective, set sketching and set model construction.

If we have piqued your curiosity or if you have any burning questions, send them over to Siti Yuhanis at sitiyuhanis@myharapan.org.



*********************************************************************************************

Memanggil semua peminat-peminat drama! Dianjurkan oleh myHarapan dan kolektif seni persembahan Rumah Anak Teater, Projek Asas Teater ialah sebuah kursus intensif 9-minggu yang direka untuk melengkapkan penghibur-penghibur muda dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang lakonan, tarian, muzik dan sinografi.

Di bawah pemerhatian sekumpulan jurulatih dan fasilitator dari pelbagai latar belakang seni dan media, para peserta akan dibimbing dalam bidang masing-masing berdasarkan sukatan pelajaran yang dibina khas. Ini termasuk lawatan ke persembahan teater sebenar dan peluang untuk terlibat dalam produksi teater musikal sebenar!

Jika anda berfikir yang inilah semua yang melambangkan Projek Asas Teater, fikirkan sekali lagi. Malaysia mempunyai pelbagai bakat-bakat kreatif tersembunyi yang perlu dicungkilkan. Ini adalah objektif terkemuka projek ini, di samping menyediakan satu platform untuk para individu muda membangunkan kebolehan mereka, mempamerkannya kepada khalayak ramai dan melanjutkan kerjaya mereka dalam dunia hiburan.

Latihan akan bermula pada setiap hari Selasa + Rabu dan Sabtu + Ahad dari 24hb April hingga 18hb Julai di Studio 1, PJ Live Art Theatre (hala tujuan). Pelakon bermula pada pukul 9 hingga 11 pagi, diikuti oleh penari pada 11 pagi hingga 1 petang, pemuzik dan penyanyi pada 2 hingga 4 petang dan ahli sinografi pada 4.30 hingga 6.30 petang.

Modul adalah seperti berikut:

Drama | Teknik pernafasan, projeksi vokal, eksplorasi tubuh, ‘blocking’, observasi, imaginasi, pergerakan, ekspresi, improvisasi dan ‘memory recall’.

Tarian | Pengolahan tubuh, teknik pernafasan, gerakkan, tarian & koreografi, pengenalan tubuh, bit lagu & pelan langkah, asas kiraan, ciptaan tarian & gerakan dan ekspresi gerakan.

Musik and vokal | Asas vokal & notasi, teknik pernafasan, nyanyian, pendengaran & instrumen, penulisan lirik, penciptaan musik dan lagu dan nyanyian pop & musikal.

Sinografi | Asas sinografi, pengenalan warna, bentuk, rupa, garisan, ruang & cahaya, perspektif, lakaran set dan pembuatan model set.

Ingin tahu lebih lagi? Silalah hantar sebarang persoalan anda ke Siti Yuhanis di sitiyuhanis@myharapan.org.

Friday, April 13, 2012

TEATER EKSPERIMENTAL TEPUK AMAI-AMAI MEREALISASIKAN IMPIAN

Tepuk Amai-amai ialah lagu yang sering dimain-mainkan oleh ibu, penjaga mahupun diajar di peringkat pra-persekolahan yang sedang melalui alam pertumbuhan.
Mesej yang sama telah digunapakai oleh sebuah kumpulan teater baru dalam memperkenalkan kumpulannya dan produk terbaru mereka. Pementasan Teater Eksperimental Tepuk Amai-Amai merupakan hasil daripada usaha Revolution Stage (RS) yang telah mengadakan bengkel lakonan secara PERCUMA - FirstTimeWorkshop : Bengkel Asas Lakon yang mana telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara. Hanya 6 orang peserta sahaja yang telah terpilih untuk menjalani bengkel selama sebulan bermula 20 Februari 2012 lepas. RS mengambil inisiatif ini untuk membuka peluang kepada bakat-bakat baru yang berminat dalam seni teater. Melalui bengkel ini pihak RS berharap bakat-bakat baru yang berilmu dan berkualiti dapat dihasilkan. Ianya juga membuka peluang untuk mereka beraksi di pentas menemui khalayak sekaligus mempromosikan bakat yang dimiliki kepada penggiat industri. Peserta akan melakukan pementasan selama 4 hari di Auditorium Muzium Negara di akhir bengkel ini.

Teater Ekperimental ini dijadikan sebuah device play oleh Khairunazwan Rodzy bersama para peserta bengkel mereka melalui temanya, 'cita-cita dan impian' sebagai kes yang diperbincangkan serta isu yang diketengahkan.
Hasil yang diperolehi berkisarkan tentang kehidupan zaman persekolahan yang melibatkan watak-watak seperti Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Keluarga. Plotnya bergerak berlandaskan watak para pelajar yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita dan impian masing-masing sehingga berjaya. Pelbagai konflik berlaku semasa proses usaha mereka, cabaran, halangan, tekanan serta dugaan telah sebati dalam diri mereka.
Pementasan teater ini dijadikan sebagai suatu karya yang penuh dengan rasa dan perasaan yang pernah dirasai oleh setiap yang sedang atau pernah bergelar sebagai seorang pelajar. Rasa dan perasaan itu telah diberi sentuhan satira yang padat oleh pengarah dan para pemainnya.
Teater ini menyentuh perihal kehidupan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran serta bermasalah dalam kehidupan keluarga masing-masing. Disamping itu, sikap kebanyakan ibu bapa juga digarapkan bagi memberi kesedaran tentang hubungan anak, pelajaran, ibu bapa dan impian. Keadaan di sekolah yang dibangkitkan mengenai cerita guru-guru sebagai pendidik yang sangat menginginkan pelajar-pelajar mereka yang cemerlang dan berjaya mencapai cita-cita pelajar dan impian sekolah. Kesemua isu tersebut telah diberi sentuhan satira yang bakal memberi kesan menarik dan humor dalam pementasan ini.
Para peserta terdiri daripada mereka yang berada di kalangan umur 18-30 tahun dan mampu memberi komitmen selama sebulan. Bengkel tersebut bermula pada 13 Februari 2012 di Bangunan Warisan Negara, Kampung Baru. Bengkel ini akan dijalankan oleh teraju RS iaitu Khairunazwan Rodzy yang berpengalaman. Beliau merupakan Pengarah teater Badai Semalam dan pernah melatih peserta rancangan realiti Pilih Kasih I dan II.

Pementasan ini dijayakan oleh Asyraf Afif, Aznah Mohamed, Dila Abd. Ghani, Azlin Nur Mohd, Adinda Atie, Nur Ismah Atirah.
Tepuk Amai-amai akan berlangsung di Auditorium Muzium Negara Kuala Lumpur pada 12 hingga 15 April 2012, 8.30 malam. Pada 14 dan 15 April terdapat dua persembahan; 3.00 petang dan 8.30 malam.
Tiket dijual pada harga RM 20 (Dewasa) dan RM 10 (Pelajar, OKU).
Penerbitan ini mendapat kerjasama dengan Revolution Stage dan Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara. Sebarang pertanyaan mengenai pementasan ini boleh menghubungi Roselawaty (012-3843010).
REVOLUTION STAGE merupakan syarikat yang ditubuhkan pada 2006 pada mulanya oleh Khairunazwan Rodzy, namun kini ianya didaftarkan semula bersama graduan - graduan seni persembahan gabungan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT). Revolution Stage dijadikan platform dan medan anak - anak muda ini melahirkan karya- karya bermutu bukan sahaja untuk kelompok penikmat seni malah kepada khalayak umum.

Secara tidak langsung, graduan-graduan yang menerajui Revolution Stage telah melibatkan diri ke peringkat yang lebih profesional. Selain itu, Revolution Stage juga turut bersama memeriahkan lagi industri seni tanah air dalam bidang teater. Dengan pengalaman selama menuntut di IPT masing-masing dan pengalaman yang dikutip daripada produksi-produksi luar, pengurusan syarikat ini mampu diuruskan dengan lebih sistematik dan terkawal.

Penggerak Revolution Stage terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai fokus serta matlamat untuk membawa pemikiran baru yang lebih efektif dan dinamik kepada khalayak umum melalui corak persembahannya. Khalayak dapat menikmati hasil sentuhan kreatif yang mempunyai dimensi baru. Bersesuaian dengan nama ‘revolution’ yang membawa maksud perubahan, membuktikan peneraju syarikat Revolution Stage membawa perubahan daripada takok lama ke era baru yang lebih mencabar.

Revolution Stage juga mendapat kerjasama dengan penggiat seni yang tidak asing lagi dalam bidang persembahan teater iaitu Sahili Abdan atau lebih dikenali dengan Nam Ron. Beliau selaku penasihat serta pengkritik bagi syarikat Revolution Stage banyak membantu daripada segi kualiti dan mutu hasil kerja kreatif Revolution Stage. Dengan kerjasama tersebut, adalah diharapkan syarikat ini akan lebih berkembang pesat seiring dengan kesenian dan warisan negara.

Antara program yang pernah dianjurkan oleh Revolution Stage, Teater WAKTU Eksperimental Merdeka di MTC (2006), Teater Naturalisasi di Black Box Aswara (2007), Teater TyIcKooUnS di Auditorium DBP (2011), Teater SeNaPas di Stor DBP (2011), Tayangan Filem Pendek : ‘PangKal’ (Panggung Akal) di Stor DBP (2011), FirstTimeWorkshop : ‘Bengkel Asas Lakon’ di Bangunan Warisan (2012) dan banyak lagi.

Sunday, April 8, 2012

JLN.PINTAS : Adakah ini revolusi


Sebelum idea untuk membikin sebuah filem bebas seperti ini, kami ingin menghasilkan sebuah filem yang berupaya bersaing dengan filem-filem yang berulang-ulang dihasilkan oleh produksi filem yang sama.
Dengan segala kekurangan yang ada, kami cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan sedikit sumber pembiayaan. Namun, semua harapan gagal. Ada teman-teman yang sudah tahu tujuan asal aku memanggil, sudah tidak menjawab panggilan sungguhpun sms sudah dikirim terlebih dahulu.
Selepas berbincang dengan pengarah Nam Ron, beliau begitu optimis untuk meneruskan juga (sungguhpun tiada sumber yang dapat meyakinkan). Aku dibawa berjumpa dengan sekumpulan pelakon-pelakon dan dari itu, mereka semua bersetuju untuk menyertai projek ini dengan limitasi-limitasi yang ada.
Kami bersetuju untuk menetapkan misi bahawa filem yang bermesej seperti JALAN PINTAS ini perlu lebih mendekati khalayak ramai. Keuntungan daripada pengeluaran filem- filem tempatan banyak disalurkan kepada pengusaha-pengusaha pawagam.
Aku berfikir sejenak, “Pengeluar-pengeluar filem hanya mampu memerah idea dalam pembikinan dan hasil titik peluh tersebut, sungguhpun mendapat tarikan ramai akhirnya mendatangkan kerugian walaupun keuntungan kasar yang berbaloi.”
Aku tidak mahu perkara sebegitu berlaku kepada aku.
Aku tidak mahu filem aku nanti mendapat banyak pujian tetapi modal yang dikeluarkan tiada pulangan. Kami juga perlu bermandiri.
Aku sedia maklum lambakan filem yang ditayangkan di pawagam hanya bermotifkan keuntungan. Kualiti pembikinan tidak menjadi matlamat utama. Pada masa yang sama, aku tetap dan masih percaya keuntungan dan pengiktirafan akan datang dengan sendiri apabila kesungguhan diletakkan di dalam pengisiannya.
JALAN PINTAS merupakan filem pertama keluaran Rumah Anak Teater yang kini didaftarkan sebagai RAT Production. Ia diarahkan oleh Nam Ron dan jalan cerita oleh Ayam Fared. Ramai pelakon yang bersetuju untuk terlibat di dalam projek filem KoKEN ini termasuklah pelakon-pelakon filem seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Sharifah Amani, Sara Ali, Amerul Affendi. Pelakon-pelakon drama Beto Kusyairy, Xavier Fong, Azhan Rani, Ghadafi Meliki, Yaya Nadzri. Ia menampilkan bakat muda baru Auf Razak yang diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama filem ini.
JLN.PINTAS sebuah naskah yang penuh dengan kritikan tentang sistem yang kita amalkan sekarang, kekecewaan anak muda dalam mencapai cita-cita dan penindasan hidup yang berakir dengan perlakuan jenayah.
Beban PTPTN
Aku bersimpati dengan nasib-nasib pelajar IPTA dan IPTS sekarang yang terpaksan dibebani hutang sebaik sahaja selesai pengajian mereka. Jaminan kerja masih tidak lagi diberikan oleh industri-industri yang mereka impikan sewaktu di zaman universiti lagi.
Sekiranya mereka gagal untuk membayar hutang PTPTN, mereka akan disenaraihitamkan dari pergi ke luar Negara. Tidak kira apa alasannya termasuklah tujuan ke luar Negara untuk mewakili Negara atas pencapaiannya tersendiri. Di dalam kes Mislina Mustaffa (salah seorang pelakon di dalam JLN.PINTAS, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia untuk ke Festival Filem Cannes kerana kejayaan filem KARAOKE yang dilakonkan tetapi dihalang di imigresen Malaysia kerana tidak menjelaskan PTPTN. Dan usahanya di dalam KARAOKE bukanlah dibayar beribuan ringgit.
Tergelak pun ada, sedih pun ada….tetapi aku marah. Mengapa perkara begini berlaku. Adakah pegawai imigresen bodoh sampai ke tahap itu?

Para ibubapa sering mengongkong anak-anak mereka untuk menerima apa tawaran universiti kerana bagi mereka, yang penting ialah segulung ijazah bukannya apa yang kita pelajari nanti akan bermanfaat. Adakah itu sebenarnya kehendak industri sekarang? Bukankah ini akan menghasilkan tenaga-tenaga yang tidak professional; sekiranya belajar di bidang lain dan bekerja di bidang yang berbeza?

Pada usia seawal 20 tahun, apabila melangkah keluar dari menara gading, dan pada kebetulan menjadi harapan keluarga sebagai anak sulung yang dapat menyara adik-adiknya – ini sudah tentu menjadi tekanan. Sungguhpun sudha dibebani tanggungjawab, mereka masih lagi belum diberi hak untuk mengundi.

Justeru, bagi mencapai cita-cita golongan ini, mereka memilih untuk mengambil jalan pintas. Jalan yang mereka pilih itu tidak semestinya berlandaskan undang-undang. Ini semua untuk kemandirian diri dan keluarga mereka.

Kemiskinan membawa kepada tekanan hidup. Inilah yang menjurus kepada aktiviti jenayah.

Tuesday, March 27, 2012

36 kategori dipertandingkan

BUAT kali kesembilan, penganjuran BOH Cameronian Arts Awards diteruskan sebagai satu lagi platform mengiktiraf sumbangan seni karyawan tempatan.

Menariknya, acara yang pertama kali diadakan pada 2002 ini mengangkat pencapaian karya cemerlang yang pernah mendapat sambutan menggalakkan penonton sama ada filem dan teater.
Ketua Pegawai Eksekutif, BOH Plantations, Caroline Russell, berkata banyak perkara menarik dan manis dapat disingkap menerusi acara anugerah ini yang tidak ketinggalan diadakan setiap tahun.

“BOH berbesar hati menjalankan tanggungjawab menganjurkan acara ini dan bekerjasama dengan laman sesawang, Kakiseni untuk memelihara dan mengiktiraf bakat-bakat.

Bacaan lanjut di sini.

Teater METACINTA "Seribu Tahun Air Mengukir Batu"


SON DWARA CIPTA
dengan kerjasama DEWAN BAHASA & PUSTAKA, DFX STUDIO,

CAHAYA ILHAM, TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR & SAGO CREATIVE
mempersembahkan

"GOYEH"

Mengisahkan tiga sahabat- Atif, Qa'il dan Bahadur yang ditakdirkan bertemu di satu lorong berhadapan sebuah 'Santuari'.

Konflik terjadi apabila Atif telah ditangkap dan dibawa lari oleh Bahadur.
Qa'il nekad mencari Bahadur untuk mendapatkan jawapan terhadap kejadian yang menimpa Atif.
______________________________________________________

"LELAKI DARI GUA"

Seorang pemuda yang disembunyikan oleh Orang Tua di dalam gua selepas serangan yang menimpa kampungnya. Mereka bersembunyi di situ bertahun lamanya dan Orang Tua mengajar Pemuda ilmu hakikat. Setelah tiba ketikanya, Pemuda keluar ke kota untuk menempuh hakikat kehidupan.

Di kota, Pemuda sering bersyair dan menangis lalu dia dianggap gila. Namun begitu, dia mempunyai pengikut. Pengaruhnya semakin lama semakin besar dan kuat sehingga serangan yang seolah-olah sama berulang kembali.
_____________________________________________________

"KASSIM SELAMAT TIDAK BUTA, SABARIAH BENAR-BENAR MATI"

Cuba mengandaikan ada babak yang tertinggal dalam filem 'Ibu Mertuaku', iaitu babak kehidupan Kassim Selamat dan Sabariah di bawah kolong.

Cuba merungkai psikologi watak dengan membawa persoalan apa yang mendorong Sabaiah menulis surat kepada Nyonya Mansur dan kenapa Kassim Selamat begitu sedih sehingga buta.
_______________________________________________________

menampilkan


Tiket : RM20, RM15 (pelajar)

Tarikh: 30 Mac 2012 - 8.30 p.m.
31 Mac 2012 - 3.30 p.m., 8.30 p.m.
1 April 2012 - 3.30 p.m., 8.30 p.m.

*Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut sila hubungi:

Siti Nurbaya- 013-3307783
Nur Azila(Lola) - 017-7007298

Keterangan lanjut di sini.


Monday, February 27, 2012

ACT OF VALOR: Papar Jihad, Kenang Peristiwa 911



Peristiwa gelita 911 yang berlaku beberapa tahun lalu tidak dapat dilupakan oleh rakyat Amerika Syarikat. Isu keganasan dan terrorisme tiba-tiba menjadi buah mulut seluruh dunia dan tidak semena-mena masyarakat Muslim menjadi mangsa pada ketika itu.
Menyaksikan filem ACT OF VALOR mengimbau kembali kekuatan dan semangat yang ditonjol oleh pejuang tersebut tetapi dalam keadaan negatif.
Filem ini berkisarkan tentang campuran dalam kehidupan sebenar seorang wira dan ianya merupakan pembikinan filem yang asli. Menampilkan keberanian sebenar setiap bintang Tentera Laut SEAL. Filem ini di ilhamkan oleh peristiwa-peristiwa yang benar berlaku. Menggabungkan petempuran yang menakjubkan.
Tidak banyak produksi filem yang berani melakukan apa yang Mike McCoy dan Scott Waugh selaku Pengarah filem ini lakukan.

Melakukan kerja gila dengan tidak menggunakan pelakon yang dikenali,dan memilih untuk menggunakan para tentera sebenar untuk beraksi. Keberanian ACT OF VALOR dengan melakukan kerja gila ini menampilkan suatu perbezaan dan mereka tampak tegas memegang pada tema “Hanya yang berani akan lakukan.”

Antara kerja gila lain yang produksi belakang tabir lakukan adalah dengan menggunakan latihan ketenteraan yang sebenar, termasuklah menampilkan peluru yang sebenar. Kesemuanya dilakukan adalah untuk mendapatkan emosi dan nilai yang tepat sewaktu penggambaran dijalankan.


Terdapat jurang perbezaan antara filem kita dan filem mereka. Kita di Malaysia belum tentu berani melakukan kerja gila seperti mereka. Mereka tidak takut pada kerugian kerana mereka menjual sebuah cerita benar .

“Semua aksi tembakan yang kelihatan telah dilakukan dalam latihan,jadi kami telah selamat dari segi kewangan kerana tiada cukai akan dikenakan dalam pembikinannya.” Kata Tuan Pengarah McCoy.

Tambahnya lagi, “Kami membentangkan jalan cerita, dan kami mempunyai arkitek untuk melukis plan tempat penggambaran dan kami akan tuliskan kedudukan kamera pada plan tersebut.”

Roselyn Sanchez yang memegang watak Agent Morales turut pernah membintangi filem box office The Game Plan disisi Dwayne “The Rock” Johnson. Pernah menjadi ejen penyamaran Perkhidmatan Rahsia (Isabella Molina) filem blockbuster Rush Hour 2, bersama Chris Tucker dan Jackie Chan. Untuk watak ini beliau dicalonkan untuk Anugerah ALMA selaku Pelakon Terbaik.

Perbuatan ACT OF VALOR yang berani ini mengambil masa empat tahun dari 2008 hingga 2012 dengan pembiayaan yang datang dari pelabur individu yang tidak mahu didedahkan identitinya dan dari Bandito Brothers sendiri. “Kami tidak mampu mengekalkan harga rendah , kerana banyak aset yang diperlukan untuk pembikinan filem ini, seperti bahagian pembangunan kreatif,penggambaran, waktu penyuntingan dan kesan-kesan visual telah dilakukan dengan menggunakan kemudahan yang tersedia di Bandito Brothers.”kata McCoy.

Bandito Brothers merupakan sebuah produksi yang beroperasi di Los Angeles. Sebelum ACT OF VALOR, mereka sebenarnya pernah menghasil sebuah dokumentari pendek tentang pejuangan Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Kami mengambil masa tujuh minit untuk setiap tentera yang beraksi tersebut.” Kata Max Leitman selaku salah seorang rakan kongsi di Bandito Brothers dan selaku penerbit eksekutif ART OF VALOR.

“Selepas mengenali mereka dan melihat perjuangan mereka, dari situ kami diilhamkan untuk membuat sesuatu yang lebih berani dan besar dari ini.” Tambahnya lagi.

Beraninya produksi ini makin terserlah apabila tiba di lokasi penggambaran,selain dari menggunakan pasukan dan krew yang memang ada mereka akan menggunakan orang awam untuk beraksi sekali. Ianya merupakan salah satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan produksi dan juga menampakkan sesuatu yang lebih realiti.

“Di Mexico, kami menggunakan ramai orang Bandar dari satu sempadan untuk beberapa babak yang dijalankan disitu,” kata McCoy. “Sebab itulah bila menonton ART OF VALOR, kita dapat rasakan kejahatan sebenar mereka. Ramai orang berfikir kita sengaja mencari jalan mudah dan ingin mengurangkan perbelanjaan tetapi sebenarnya memang kami inginkan sesuatu yang lain.” Ulasnya lagi.

Kutipan yang diperolehi daripada Act of Valor merupakan yang tertinggi dikutip pada hujung minggu lalu di Amerika Syarikat. Pengedarnya, Relativity Media telah membuka sebanyak on 3,039 panggung dan berjaya mengutip pada minggu pertama secara kasar USD 9,050,000 (Jumaat) dan USD 9,480,000 (Sabtu). Mereka menjangkakan hasil kutipan Ahad lepas sebtinggi USD 6,170,000. Secara keseluruhan, filem ini telah mengumpul lebih USD 20 juta pada tiga hari tayangan.
ART OF VALOR yang telah pun berada di pawagam sejak 23 Februari 2012 boleh ditonton klip trailer-nya di http://www.youtube.com/watch?v=oJm16nUinkM&feature=relmfu

Pementasan Perdana Asia Boom di Kuala Lumpur


The Kuala Lumpur Performing Arts Centre dengan bangganya akan mementaskan sebuah naskah Inggeris berjudul “Boom” pada 7 hingga 26 Februari, 2012 yang baru lalu.

“Boom” merupakan sebuah naskah romantik yang amatlah lucu, kesesatan yang mana akhirnya berharap pada seorang ahli biologi muda yang kononnya telah bersedia untuk dunia berakhir. Ia diarahkan oleh David Lim, seorang pengarah yang tidak asing lagi di kalangan penggiat teater Inggeris tanahair.

Pementasan ini mengisahkan Jules (lakonan Jon Chew), ahli lelaki biologi marin dan Jo (lakonan Sharon Lam), seorang pelajar wanita kewartawanan bertemu di dalam makmal biologi bawah tanah untuk pertemuan kasual erotik. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa kasual yang berlaku petang ini.

Pengarah “Boom”, David Lim berkata, "Saya suka bermain dengan perkara yang menyeronokkan. Dan boom bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia secara literal meniup fikiran saya apabila saya membaca. Saya tidak pernah suka membaca apa-apa seperti itu sebelum ini. Dengan watak-watak comel, dialog yang bernas dan cerita lucu, bahan-bahan ini sahaja akan mencukupi, tetapi dibawah satu pementasan terletak satu penerokaan isu-isu besar di dalam novel - Yang asas kepada kita secara kolektif sebagai manusia - kehidupan dan kematian kita, dan nasib yang kami ingin kongsikan bersama. "

David Lim telah bekerja dalam pelbagai jawatan dengan syarikat-syarikat teater seperti klpac, The Actors Studio Malaysia, PJLA, Dramalab, Gardner dan Wife, dan Annexe Galary. Kredit Mengarah termasuk God of Carnage (PJLA), Cock (klpac), Dancing at Lughnasa (The Actors Studio Malaysia), Alfian Sa’at’s Family Outing (The Annexe Gallery), This Cannot, That Cannot (klpac), Toast! (AROMA and Dramalab), Gadis Jalan Burmah (Dramalab), Sightings and High Tide (Victorian Theatre Company) dan Butterflies are Free (The Actors Studio Malaysia).

Komedi “Boom” terletak di makmal bawah tanah di kampus universiti di mana Jules telah mengkaji corak tidur ikan dalam usaha untuk menentukan bilakah dunia akan berakhir, yang beliau meramalkan akan berlaku petang itu .

Boom telah ditayangkan di Nova Seni di New York City pada bulan Mac 2008 dan diarahkan oleh Alex Timbers. Pengeluaran berikutnya termasuk feniks Mammoth Theatre di Washington DC, Seattle Repertory di Seattle, WA, dan Cleveland Awam Theatre di Cleveland, OH, semua yang berlaku dalam bulan November 2008.

Pengarang drama, Peter Sinn Nachtrieb, seorang pelakon dan penulis, adalah seorang pemastautin di Mission, San Francisco. Beliau berkelulusan dengan dua pengkhususan utama dalam subjek Biologi dan teater dari Universiti Brown di mana percikan untuk penulisan pentas bermula. Beliau kemudian memperoleh MFA dalam Penulisan Kreatif dari Negeri di San Francisco. Peter juga menikmati apabila bekerja dengan filem-filem bebas, dan mencari Nachtrieb dalam talian yang lain.



Boom juga tuirut memaparkan BB Ostella Adams yang memegang watak Barbara.

Pelakon utama, Jon Chew mendapat pendidikan di Institut Seni Dramatik yang terkenal di Australia (dalam kerjasama dengan Astro). Sejak itu, beliau telah terlibat dalam EMP's Stage Therapy, mengambil bahagian dalam Teater Short&Sweet Malaysia 2009 di mana beliau memenangi Pelakon Baru Terbaik (Lelaki) - dan turut membintangi dalam Cock, Birdy, the musical The Last Five Years, dan Klue, Doh !! Beliau juga adalah editor bersekutu untuk Esquire Malaysia.



Monday, February 20, 2012

Kompilasi ‘Aku Manusia Berdosa’ yang penuh tragedi

Pentas teater marhaen di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka baru-baru ini sekali lagi telah menjadi medan sebuah pementasan teater kompilasi terbitan Rumah Anak Teater (RAT). Pementasan teater kompilasi ‘Aku Manusia Berdosa’ itu telah menampilkan dua buah naskah skrip ‘Kampung Cetek’ dan ‘Jue & Meo’ yang ditulis oleh Nur Ahmad, dan dipentaskan pada 20 hingga 23 Januari 2012 yang lalu.

Monolog ‘Kampung Cetek’ yang mengisahkan tentang kejangkalan pemikiran penduduk di sebuah kampung di mana telah berlakunya satu tragedi seorang ibu membunuh anaknya. Manakala ‘Jue & Meo’ pula mengisahkan tentang tragedi penyesalan dan penderitaan sepasang kekasih lagenda Romeo dan Juliet selama 500 tahun selepas mereka membunuh diri.

Artikel selanjutnya boleh dibaca di pautan ini.

PUBLIKA raikan filem terbaik era 1946 “The Great Expectation”



Publika yang bertempat di Dutamas yang siap sepenuhnya panggung terbukanya memulakan aktivitinya dengan penayangan secara percuma filem-filem terbaik semasa era 40an.

Pada 7 Februari 2012 lalu, mereka menayangkan filem yang pernah meraih dua anugerah di Academy Awards (Pengarahan Seni Terbaik dan Sinematografi Terbaik) dan telah dicalonkan untuk tiga yang lain iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem “Great Expectations” yang diterbitkan pada tahun 1946 dan di arahkan oleh David Lean ini merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel karya Charles Dicken. Bulan Februari ini pihak penganjur memilih untuk mengangkat filem dari British dan hasil kerja Charles Dicken’s. Mereka memilih karya Charles Dicken’s sebagai menghargai hasil kerja Charles Dicken’s dan kebetulan pada 7 Februari yang lalu merupakan ulang tahun kelahiran beliau.

Charles Dicken’s merupakan antara penulis Inggeris yang terkenal. Kerja-kerja Dicken’s dikategorikan sebagai penulisan yang menyerang ke atas kejahatan sosial dan kepura-puraan.

Pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran ini, Alex Yong berkata, “Kami mengadakan tayangan pada setiap hari Selasa dan bulan ini kami menayangkan filem dari British, bulan hadapan pula dari Jepun dan berikutnya.”

“Great Expectations” mengisahkan tentang anak yatim yang selalu merendah diri dan berubah menjadi seorang lelaki yang hebat dengan bantuan seorang dermawan yang tidak dikenali.

David Lean sebagai pengarah “Great Expectations” turut dikenali dengan karyanya yang lain “Oliver Twist”,” Lawrence of Arabia” and “A Passage to India.”

Terdapat dua buah naskah klasik Charles Dicken’s yang David Lean pilih untuk menjadikan sebuah filem. “Great Expectations” pada tahun 1946 yang mendapat banyak pencalonan Academy Awards. Filem “Oliver Twist” pada tahun 1948 juga dipandang tinggi dan mempunyai prestasi.

“Great Expectations” dipandang mempunyai sinematografi yang terbaik kerana apabila kita menonton filem ini,setiap gerak geri dalam bingkai kamera itu membantu kita untuk mendapatkan emosi yang tepat. Beri kita rasa yang sama seperti watak tersebut rasa.
Contohnya di awal cerita, apabila Pip bertemu dengan orang asing di kawasan perkuburan, kamera seakan-akan menjadi mata untuk Pip memandang kawasan sekeliling dan cuba untuk melarikan diri. Dan apabila dia mula berlari, kamera turut berlari. Perasaan cemas Pip dapat kita sama-sama rasakan. Filem ini juga menggunakan ruang yang ada dengan sangat baik. Walaupun kadang-kadang kita lihat kawasan tersebut agak sempit tapi kedudukan kamera dapat menutupi kelemahan tersebut.

Tidak hairanlah sekiranya filem ini pernah dianugerahkan dengan Anugerah Sinematografi Terbaik.

Filem ini membangunkan beberapa tema yang sangat sesuai untuk remaja. Ia turut melihat hubungan antara lelaki dan perempuan, dan melahirkan rasa takut apabila ada orang asing yang hadir dalam hidup kita pada waktu malam. Filem ini juga menunjukkan kekasaran masyarakat Inggeris apabila bermulanya sebuah Revolusi Perindustrian dalam abad awal ke-18 dan awal ke-19.

Pada hari tayangan tersebut, penonton yang hadir kebanyakannya adalah berbangsa Cina dan pelajar-pelajar dari negara asing yang teruja dengan filem tersebut. Tidak ramai peminat-peminat filem dari kalangan Melayu yang berada di sana untuk menonton filem ini kerana mereka lupa akan tiada yang baru tanpa yang lama. Mungkin disebabkan kesukaran dalam memahami jalan sesebuah cerita seperti filem “Great Expectations” ini.

Alex Yong selaku penganjur tidak bersetuju bila dikata tayangan ini dibuat untuk memperkenalkan dan mempromosi Publika. “Tayangan ini dibuat untuk mengangkat pembikin filem yang bergerak sendiri, filem mereka mungkin sukar untuk didapati dan apa yang kami lakukan adalah untuk memudahkan orang ramai yang ingin menontonnya..Publika hanya menyediakan tempat untuk tayangan dijalankan,” ulas beliau.

Saturday, February 18, 2012

Tayangan “Happy” buat penonton turut “Happy”



Publika sekali lagi menganjurkan satu tayangan dokumentari bertajuk “Happy”. “Happy” adalah sebuah dokumentari yang menangani banyak isu-isu asas yang kita hadapi dalam masyarakat kini. Apakah maknanya untuk berasa bahagia? Pengertian gembira itu sendiri? Bagaimana kita mewujudkan kebahagiaan untuk diri kita sendiri? Semua itu diperbincangkan dalam dokumentari tersebut.

“Happy” yang ditayangkan pada 12 Februari lepas membawa penonton ke seluruh dunia untuk mencari kunci kebahagiaan. Pembikin dokumentari ini membuat penyelidikan melalui kisah-kisah manusia yang luar biasa dan kebijaksanaan yang dikongsi bersama mereka. Ianya memberi inspirasi dan membawa kita kea rah pemahaman yang lebih mendalam mengapa dan bagaimana kita boleh mengejar sesuatu yang lebih memuaskan, kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.

“Profesor itu berkata pada saya, anda tidak dapat mengukur kebahagiaan. Maka mengapa mereka fikir anda boleh mengukur kemurungan yang mereka semua lakukan, tetapi anda tidak dapat mengukur kebahagiaan,entahlah saya tidak pasti." Kata seorang ahli psikologi, dalam “Happy”

“Happy” yang turut mendapat penganjuran dari Majalah Territory diarahkan oleh Roko Belic, salah seorang calon di Academy Awards dan Pemenang di Sundance Award. Sejak “Happy” dilancarkan, Belic telah memenangi banyak anugerah di pelbagai anugerah filem antarabangsa, seperti Filem Festival Amsterdam dan Festival Filem Maui. Justeru, ia terus membuat gelombang di seluruh dunia.

Pada tahun 1996, Roko Belic mengasaskan Syarikat Penerbitan Filem Wadi Rum bersama abangnya Adrian. Arahan sulung beliau , Genghis Blues (1999) telah dicalongkan untuk Academy Award untuk kategori Ciri Dokumentari Terbaik dan memenangi Anugerah Penonton di Sundance. Sepanjang kerjaya, Belic telah bekerja sebagai Pengarah Fotografi , Penyunting, Penulis, Penerbit dan Pengarah. Beliau turut mengarahkan sebuah dokumentari 44 minit yang dipanggil DREAMS: CINEMA OF THE SUBCONSCIOUS.

Selaku pihak penganjur, Alex Yong yang bertindak sebagai ko-ordinator bagi Publika memberitahu bahawa Publika berbesar hati untuk berkongsi naskah yang baik ini dengan ramai orang. “Happy” merupakan naskah yang tampak biasa tapi bermakna.

“Kita dapat melihat bagaimana seseorang itu menafsir kegembiraan dalam hidupnya dan bagaimana dia mencapai kebahagiaan untuk dirinya. Antara salah satu nilai untuk menjadi gembira dan bahagia ialah dengan pengalaman hidup dan sentiasa mudah untuk mengambil cabaran”, terang Alex lagi.

Filem ini bermula dengan memahami makna psikologi positif. Antara individu-individu yang mahir dalam bidang itu termasuklah Mihaly Csikzentmihalyi penulis buku , Flow: The Psychology of Optimal Experience telah ditemubual.

Beliau menerangkan bahawa kita perlu lalui apa saja yang kita ingini dan sudah tentu kita akan abadikannya buat selamanya. Terdapat banyak lagi contoh dalam filem ini bagaimana orang ramai lalui kegembiraan mereka. Terdapat satu contoh yang sangat menarik dimana ada seorang lelaki yang sangat gembira memasak di sebuah restoran.

“Alami sendiri kebahagiaan itu, kegembiraan itu sebenarnya adalah seperti memberi kita satu tenaga mahupun semangat baru bukan kepenatan. Selalunya apabila kita mengalami tekanan, kita akan lakukan perkara yang mengembirakan kita dan akan berkuranganlah tekanan kita”, jelas Csikzentmihalyi.

Secara psikologinya semua pasangan yang telah berkahwin, anak itu merupakan satu kebahagiaan yang tidak dapat dijual beli.

“Happy” telah memenangi Hadiah Utama Juri di Festival Filem Amsterdam, Pilihan Penonton di Festival Filem Maui, Festival Filem Antarabangsa Arizona, Festival Filem Mendocino dan pelbagai anugerah lain seperti Anugerah Dokumentari yang paling memberi Inspirasi di Festival Filem Antarabangsa DocMiami. Ia turut memenangi Anugerah Pilihan Rakyat di Festival Filem Flagstaff Mountain. Sewaktu di Festival Filem Antarabangsa Mexico pula “Happy” menerima anugerah Dokumentari Terbaik.

Filem ini turut ditayangkan di Pulau Pinang pada 18 Februari 2012 bertempat di China House Upstairs Victoria.

Sunday, February 12, 2012

FIST OF DRAGON: Filem aksi naikkan martabat filem Malaysia






Sungguhpun kita dilambakkan dengan pelbagai filem-filem yang memenuhi panggung di negara kita, jarang sekali kita dapat melihat filem yang bermutu, terutama sekali yang dapat memasuki pasaran di luar negara dan berkualiti tinggi.
Sungguhpun filem ini mendapat kerjasama daripada kepakaran negara China dan Singapura, sebahagian besar babak penggambaran dan pengarahannya datangnya dari Malaysia.

Filem ini diarah oleh pengarah muda dari Malaysia, Michael Chuah. Beliau turut mengarah aksi ngeri di dalam filem ini dan pernah tercalon untuk kategori Pengarah Paling Berpotensi di Festival Filem Malaysia 2007.
Selain itu, Micahel juga pernah memenangi anugerah Filem Eksperimental Terbaik (perak) dan Filem Pendek Terbaik (gangsa) pada Anugerah Video Malaysia 2002 melalui pengarahannya dalam The Encounter selain daripada beberapa anugarah lain yang dimenanginya melalui filem-filemnya Love at First Sight (2004), Seed of Darkness (2005).
Michael yang turut membintangi filem ini mula berlatih seni mempertahankan diri sejak berusia sembilan tahun lagi. Dia menyertai Persatuan Olahraya Chin Woo beberapa tahun yang lalu. Michael juga menjadi wakil negeri untuk KL Wushu. Taksubnya dalam seni mempertahankan diri ini membawa beliau sehingga mempunyai ahli lagak ngerinya sendiri untuk kerja-kerja komersial.

“Kita sebenarnya mempunyai pelakon lain untuk watak utama”, terang Michael sewaktu sidang media yang diadakan pada 10 Februari lalu.

“Tetapi sesuatu yang berlaku sehingga saya sendiri yang berlakon filem ini. Kita tak punya banyak waktu untuk mencari pelakon lain dan melatih mereka. Akhirnya watak Jie itu saya temu dalam diri saya sendiri.” ulas Michael bila ditanya mengenai menjadi pelakon dan pengarah sekaligus.

“Fist of Dragon” yang menelan belanja “jutaan SG Dollar “ adalah sebuah filem aksi komedi yang menceritakan tentang Pak Cik Chen, pemilik kedai kopi yang terpaksa menghadapi kesusahan kerana sering diganggu oleh ahli kongsi gelap tempatan. Anak buahnya, Jie cuba untuk membantu dan akhirnya menimbulkan lebih banyak masalah. Tindakan Jie telah membuatkan seluruh Bandar itu susah. Tambahan pula, Lily,merupakan anak Pak Cik Chen berpihak pada kongsi gelap tersebut dan hubungan mereka menjadi bertambah buruk sejak pertemuan antara ahli kongsi gelap dan penduduk Bandar tersebut.

“Fist of Dragon” untuk tayangan 18 tahun ke atas akan menemui penonton filem di seluruh pawagam Malaysia pada 23 Februari 2012. Manakala di China, akan diberitahu kemudian kerana filem ini telah diharamkan kerana keganasan dan tema kongsi gelap ini. Pihak penerbit kini sedang bekerja untuk mengubah sedikit perjalanan cerita untuk menembusi pasaran di China.

Michael berkata, “Banyak babak yang terpaksa kita potong untuk menembusi pasaran. Dalam tempoh suntingan sendiri,kita telah membuang hampir 6-8 babak.”

“Walaupun filem sulung arahan saya merupakan filem seram, tetapi sebenarnya saya lebih sukakan dengan filem aksi. Saya sentiasa mahu bekerja untuk filem aksi. Ketika saya masih muda saya suka menonton filem oleh Bruce Lee dan Jackie Chan, di mana watak hero yang sangat protagonis berdiri untuk memperjuangkan yang lemah. Saya merasakan bahawa sekarang kita semakin kurang filem seperti itu kerana Jet Li tidak terlalu aktif dan Jackie Chan pula sibuk di Hollywood untuk membuat lebih banyak filem polis dan perompak,” jelas Michael bila ditanya mengenai inspirasi dalam menghasilkan filem aksi komedi ini.

Tambah beliau, “Di Malaysia kini aktif dengan filem aksi komedi. Jadi setelah melabur wang yang banyak untuk menghasilkan filem ini kami yakin akan dapat sambutan 100% dari penonton.”

Filem yang mengangkat tema keadilan dan perpaduan ini padat dengan aksi yang menarik yang ditonjolkan oleh watak Jie. Kehadiran Pak Cik Chen yang dipegang oleh pelakon popular dari Singapura Henry Thia, sedikit sebanyak menggamatkan suasana di dalam panggung.

Henry Thia yang terkenal dengan lawak spontannya membawa dirinya sendiri di dalam diri Pak Cik Chen. Apa yang dapat dilihat pada Pak Cik Chen itulah dirinya yang sebenar.

“Saya terima skrip dalam bahasa Inggeris. Saya baca dan olah dalam bahasa saya sendiri dengan cara saya sendiri dan saya tanya Michael boleh ke saya lakukan begini. Michael sangat bagus, semuanya pun dia boleh.. Can arr can arr...Everything pon can,” ulas Henry yang sangat senang bekerja dengan Michael.

Pihak produksi berharap agar penonton dapat menerima filem ini dengan baik dan bergembira apabila menontonnya.




10 Februari 2012, Kuala Lumpur : “Fist of Dragon” adalah usahasama antara Beishen dan Desen International Media Co.Ltd (China) , EP Films Sdn Bhd (Malaysia) dan Fussion Media Pte Ltd(Singapore).Ann Tong, Penerbit Desen International Media Co.Ltd juga menerbitkan filem bajet besar seperti “IP Man 2” dan “14 Blades.” .

Filem ini dibintangi oleh Henry Thia (Singapura) , Fiona Xie (Singapura) , Michael Chuah (Malaysia) dan Wng Xiao Chen (China).
Filem ini diterbitkan oleh Ann An (Tong) dari China dan dari Evo Pictures Sdn Bhd. Ann An lah yang bertanggungjawab menerbitkan filem box-office 14 Blades dan Ip Man 2.

Saturday, February 11, 2012

boom by Peter Sinn Nachtrieb




Apocalyptic Attraction "From pants-around-the-ankles comedy to hipster Twilight Zone takeoff…boom is imaginative and easy to like." — The New Yorker

22nd December 2011, Kuala Lumpur - The Kuala Lumpur Performing Arts Centre is excited to present boom, a zany, warped and ultimately hopeful look at the apocalypse that follows a young marine biologist as he prepares for the imminent end of the world. The Asian premiere of boom, directed by David Lim, will open in Pentas 2 @ The Kuala Lumpur Performing Arts Centre, 17th to 26th February, 2012.

Jules, a male marine biologist and Jo, a female journalism student, meet in a subterranean biology lab for an erotic casual encounter. However, there's nothing casual whatsoever about this particular evening.

Director of boom, David Lim exclaims, “I like fun plays. And boom is not only fun but it literally blew my mind when I read it. I'd never read anything like it before. With cute characters, brilliant dialogue and a funny story, these ingredients alone would suffice, but underneath the play lies a novel exploration of the big issues — of what's fundamental to us collectively as human beings — our lives and deaths, and our shared destiny.”

The comedy is set in an underground laboratory on a university campus where Jules has been studying the sleeping patterns of his fish in an effort to determine when the world will end, which he predicts will happen that very evening. Jo shows up that evening having answered Jule’s Craigslist personal ad for a casual encounter that promises "sex to change the course of the world." This attempt to find a partner with whom Jules can repopulate the world is complicated by the fact that he's a geek and Jo hates babies. Soon, things take a turn as food is running out, and his marine biology lab turned apocalypse shelter is damaged beyond repair. And what's the deal with that woman Barbara in the corner pulling levers?

boom was premiered at Arts Nova in New York City in March of 2008 and was directed by Alex Timbers. Subsequent productions included Wooly Mammoth Theatre in Washington DC, Seattle Repertory in Seattle, WA, and Cleveland Public Theatre in Cleveland, OH, all occurring in November of 2008.

The playwright, Peter Sinn Nachtrieb, an actor and writer, is a resident of San Francisco's Mission District. He graduated with a double major in Biology and theatre from Brown University where his spark for playwrighting began. He then earned an MFA in Creative Writing from San Francisco State. Peter also enjoys acting, working with independent films, and searching for other Nachtrieb’s online.

boom will be directed by David Lim and features rising theatre actors Jon Chew (Jules), Sharon Lam (Jo) and BB Ostella Adams (Barbara).

Tickets are priced at RM35 (Adults) RM23 (Students, Disabled, UNHCR Card and TAS Card Members). To purchase call 40479000/ 21422009 or just walk in to The Kuala Lumpur Performing Arts Centre or buy online at http://www.ilassotickets.com/ .



SYNOPSIS
"Sex to change the course of the world"- A grad student’s online personal ad lures a
mysterious journalism student to his subterranean research lab under the pretense of an evening of ―no strings attached‖ sex. But when a major global catastrophic event strikes the planet, their date takes on evolutionary significance and the fate of humanity hangs in the balance. Will they survive? How about the fish in the tank? And who is that woman pulling levers in the corner? An epic and intimate comedy that spans over billions of years, boom explores the influences of fate versus randomness in the course of one’s life, and life as we know it on the planet.

PRODUCTION DETAILS
DATE & TIME: 17, 18, 21-25 February @ 8.30pm,
19, 26 February @ 3pm
VENUE : Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)
TICKET PRICE: RM35 (Adults)
RM23 (Students, Disabled, UNHCR card holders, TAS cardholders)
RM23 (Preview night 17th)
BOX OFFICE
Call or Walk-in: klpac @ Sentul Park (+603-40479000)
: The Actors Studio @ Lot 10 (+603-21422009 / 21432009)
in Walk-in Only : ILasso Tickets @ A606 Block A, Phileo Damansara II, PJ +603-79576088
Online ticket : http://www.ilassotickets.com
Website : http://www.klpac.org/endoftheworld/
Video : click here
Facebook : http://www.facebook.com/events/200071136755901/

PRESS QUOTES

"Mr. Nachtrieb has a gift for darkly funny dialogue and an appealing way of approaching big themes sideways. [boom] winds up speaking, quietly and piquantly, to our enduring fascination with and need for myths about the beginning of life as well as its end." — New York Times

"A grandly whacked-out apocalypse fantasy…one of those charmed evenings." — Washington Post

"A fantastically wild ride. Nachtrieb possesses a sharp wit and has crafted an imaginative piece of social satire, tempering any urge he may have to wow us with his facile use of language and delivering a clever play that’s both experimental and entertaining. — Backstage "It's literate, coarse, thoughtful, sweet, scabrously inappropriate, wracked by existential anxiety, and wonderfully humane…this is one end-of-the-world story that's likely to leave you grinning from ear to ear." — Washington City Paper


THE CAST
JON CHEW (JULES) Jon was trained under the famed Australian National Institute of Dramatic Art (in collaboration with Astro). Since then, he has acted in EMP's Stage Therapy, participated in the 2009 Short+Sweet Theatre Malaysia festival - where he won Best New Actor (Male) - and starred in Cock, Birdy, the musical The Last Five Years, and Klue, Doh! He is also the associate editor for Esquire Malaysia.

SHARON LAM (JO) Sharon Lam started her life in the theatre in 2008 with Joe Hasham's Acting For Beginner's class. She went on to become an ensemble member of the inaugural Theatre For Young People 2008 programme, acting in productions like Ten: Theatrical Lightning Strikes Human Relationships and What Does It Mean... To Be Malaysian?. She also got involved in Short+Sweet Theatre Malaysia beginning 2008 in which she was awarded Best Actress Runner Up for her performance in Love and Light. She has been seen in productions such as The Secret Love Life of Ophelia, Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli and The Real Inspector Hound and The Drive.

BB OSTELLA ADAM (BARBARA) Since joining The Philharmonic Society of Selangor, BB Ostella has taken part in productions such as Music from Movies & Musicals 2 and In The Mood, as well as Turandot, The Merry Widow, and Sparks of Broadway (2010) as singer and dancer. She has also acted in productions such as Stage Therapy, Echo for The Platform @ KLPac, Cupidity for Short+Sweet Musical Theatre 2010, and Dancing at Lughnasa (2011). Her recent writing works include Don’t Stop Believin’ for Short+Sweet Theatre 2010 and Life Decisions for Baca: Of Love and Death, which has also been selected for performance at Short+Sweet Theatre Malaysia 2011. BB Ostella has taught and choreographed dances for various productions and shows such as The Poet & The Rent at KLPac (2010), EMP’s Bars & Bedrooms (May 2011), Dancing at Lughnasa (2011), as well as Nunuk Ragang (2009) and Parts of Infinity:XX.Love (2010) for the Short+Sweet Dance Festival, and choreographing for actress Didie Alias and husband Sham for Astro Ria’s dance reality show Sehati Berdansa in 2009. She was last seen onstage in Malaysian Girls (December 2011 & January 2012).


CREATIVE TEAM PETER SINN NACHTRIEB (PLAYWRIGHT)

Peter Sinn Nachtrieb is a San Francisco-based playwright whose works include boom (TCG's most-produced play 2009-10), T.I.C. (Trenchcoat In Common), Hunter Gatherers (2007 ATCA/Steinberg New Play Award, 2007 Will Glickman Prize), Colorado, and Multiplex. His work has been seen Off-Broadway and at theaters across the U.S. including at Ars Nova, SPF, Woolly Mammoth Theatre, Seattle Repertory, Actors Theatre of Louisville, Cleveland Public Theatre, Brown/Trinity Playwrights Rep, Wellfleet Harbor Actor's Theatre, Dad's Garage, and in the Bay Area at Encore Theatre, Killing My Lobster, Marin Theatre Company, Impact Theatre, and The Bay Area Playwrights Festival. He is under commission from South Coast Repertory and American Conservatory Theater, and is a Resident Playwright at the Playwrights Foundation, San Francisco. He holds a degree in Theater and Biology from Brown and an M.F.A. in Creative Writing from San Francisco State University.

DAVID LIM (DIRECTOR) David Lim has worked in various capacities with theatre companies such as klpac, The Actors Studio Malaysia, PJLA, Dramalab, Gardner and Wife, and The Annexe Gallery. Directing credits include God of Carnage (PJLA), Cock (klpac), Dancing at Lughnasa (The Actors Studio Malaysia), Alfian Sa’at’s Family Outing (The Annexe Gallery), This Cannot, That Cannot (klpac), Toast! (AROMA and Dramalab), Gadis Jalan Burmah (Dramalab), Sightings and High Tide (Victorian Theatre Company) and Butterflies are Free (The Actors Studio Malaysia).

YUSMAN MOKHTAR (SCENIC DESIGN) Yusman Mokhtar started in theatre in 2001 and has since done work both onstage and offstage. His main interests lie in scenography and directing. Design credits include Butterflies Are Free (TAS), Kisah Gadis (TAS), The Drive (TAS), Coffee & Toast (AROMA), Opera Cina Si Yatim Chao (ASWARA), Jalan Mati (klpac), What Does It Mean… To Be Malaysian? (klpac), Kaki Blue The Musical (klpac), Tanda (RAT), Short Eyes (RAT), Teater Kompilasi Vol. 1 and Teater Kompilasi Vol . 2 (RAT), Main Dalam Stor (Playground) and Muzikal Uda dan Dara at Istana Budaya. He is one of the founding members of Rumah Anak Teater and was part of its directing team for Tanda.

FREDDY TAN (PRODUCTION MANAGEMENT) Freddy Tan first started in theatre when he stage managed for INDICINELIVE! 1 (April 2010). Since then, he has worked both on-stage (performing) and off-stage (i.e., stage/production management, lighting, design, etc). If you think he looks familiar, you’ve probably crossed paths with him in productions such as the INDICINELIVE! series, After Juliet, IONESCO X2: The Chairs & The Lesson, Octopus (as lighting apprentice), SHORT+SWEET Malaysia Musical & Theatre (2010 & 2011), CARTOON by Steve Yockey, and Malaysian Girls. He is currently the resident production manager at klpac.

ARMANZAKI AMIROLZAKRI (STAGE MANAGER) Armanzaki has been freelancing about in all technical aspects of the stage for a year now, since he graduated from SEGi College Subang Jaya with a Diploma in Performing Arts. His recent projects include Klue Doh! and The Secret Life of Nora. He was also the Lighting Designer for Madu II staged at The Actor’s Studio @ Lot 10 early 2011.

About The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)
Opened in May 2005, klpac is Malaysia’s only fully-integrated performing arts centre. A non-profit organisation, it aims to nurture and develop the performing arts in Malaysia. Since opening, it has housed close to 400 performances, film screenings, art exhibitions and events. The klpac Academy conducts a wide range of courses and runs a crucial community outreach programme. Other educational initiatives include the klpac Orchestra, a Theatre for Young People (T4YP) programme, an Artist in-Residence programme as well as an annual bursary called Datin Paduka Seri Endon Award for Performing Arts Excellence. klpac is the result of a partnership between The Actors Studio, YTL Corporation and Yayasan Budi Penyayang. Its sponsors for 2009 to 2011 period include HSBC in the Arts, Mercedes-Benz Malaysia, JT International Berhad and Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia. For more information, please visit www.klpac.org.

Sunday, February 5, 2012

PELANCARAN PERTANDINGAN KERTAS CADANGAN FILEM FREEDOMFILMFEST 2012

FreedomFilmFest(FFF) akan sekali lagi melancarkan kempen untuk menggalakkan dan mengetengahkan pembikinan filem hak asasi manusia.

FFF2012 merupakan kali ke 9 festival ini dianjurkan dan tahun ini FFF akan membawa tema “DEMOKRASI: SIAPA BOSS?”.

Sejak pilihanraya 2008, rakyat kelihatan semakin sedar tentang kuasa mereka sebagai pengundi dalam sebuah negara yang demokrasi. Tetapi sejauh manakah suara rakyat betul-betul didengari dan dipertimbangkan dalam perlaksanaan tugas wakil rakyat dan kerajaan yang dipilih untuk mewakili kepentingan mereka? Persoalan ini amat relevan melihatkan musim pilihanraya yang semakin dekat.

Pembikin filem sama ada professional ataupun amatur dialu-alukan untuk menghantar kertas cadangan filem mereka berdasarkan tema tersebut. Tiga kertas cadangan terbaik akan diberi RM6000 untuk memproduksi sebuah filem berdasarkan kertas cadangan mereka.

Sempena dengan pelancaran ini, kami juga akan mengadakan satu panel jemputan untuk mengulas mengenai tema kami. Antara speaker yang akan bercakap adalah YB Rodziah Ismail(Exco Ker. Negeri Selangor), Adam Adli(Solidarity Mahasiswa Msia), Yusri Ahon(Jaringan Kampung Orang Asli Semenannjung Msia) dan M. Arumugam(Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan)

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk meraikan upacara perlancaran FFF2012.

Tarikh: Isnin, 6hb Februari

Masa: 7pm – 10.30pm

Tempat: Station One Cafe, Jaya One, No. 72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya.

Aturcara

7pm Pendaftaran

7.15pm Kata aluan dari wakil KOMAS

7.30pm Jamuan makan malam

8.15pm Ucapan dari Duta European Union

8.20pm Presentasi tema FFF2012, “DEMOKRASI: SIAPA BOSS?”

Ulasan tema FFF2012 oleh panel jemputan

Soal jawab

9.45pm Pelancaran dan peluang fotografi

10pm Sidang media dan soal jawab tentang pertandingan filem FFF2012

10.30pm Bersurai

Sila RSVP kepada En. Roger Liew (03-79685415/012-2782373) atau emel freedomfilmfest@komas.org.

Sekian. Terima Kasih.
--
Recommended links:
komas.org
freedomfilmfest.komas.org

Review Fashaly Fadzly : Aku Manusia Berdosa



Pada 20 hingga 23 Januari 2012 yang lalu telah berlangsung dua buah pementasan teater dalam Teater Kompilasi V dari Rumah Anak Teater bertajuk Aku Manusia Berdosa. Dalam pementasan ini terdapat dua buah skrip yang dipentaskan iaitu Kampung Chetek dan juga Ju dan Meo. Skrip ini telah ditulis oleh Nur Ahmad. Antologi skripnya baru dilancarkan oleh pengarah filem tersohor U-Wei Hj Shaari dengan mengambil tajuk yang sama dalam antologi skrip Aku Manusia Berdosa.

Tidak banyak penulis perempuan yang menulis skrip teater di dalam Malaysia. Lenny Erwan adalah salah seorang penulis yang agak prolifik menulis skrip teater dalam bahasa Melayu. Nama Nur Ahmad mungkin nama baru dalam penulisan skrip teater. Saya tidak dapat menjejak karya-karyanya sebelum ini yang dipentaskan. Mungkin ada. Jika betul ada, bermakna agak lemahlah dokumentasi pementasan teater di Malaysia.

Baca penulisan selanjutnya di sini.