Thursday, July 30, 2009

Dengarnya...: Zahiril Adzim kian ligat

Oleh Normah Becok

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20090730073458/Article/index_html

ZAHIRIL kini sibuk menjalani latihan teater Kompilasi Volume 2.


NAMPAKNYA selepas berlakon teater Patung Kertas musim pertama dan kedua serta teater Patriot, rezeki Ashraf Muslim dalam bidang persembahan pentas ini masih terbuka luas.

Ketika ini, bekas kekasih kepada Sherry Ibrahim itu sedang rancak menjalani latihan teater Tun Mamat dan Mimpi Tuanku. Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan pada 7 hingga 9 Ogos ini di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelakon drama yang juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular itu tidak sesekali menjadikan alasan kekecewaan yang melanda kehidupan peribadinya sebagai noktah untuk terus berjaya dalam bidang seni.

Baguslah kalau macam itu. Yang menjadi kemusykilan Cik Normah ialah kenapa tiba-tiba nama Ashraf tidak terselit dalam filem Niyang Rapik The Movie sedangkan untuk versi drama, dia antara pelakon utama. Entahlah, Cik Normah pun kurang pasti kenapa Ashraf tidak terbabit dalam filem arahan Ahmad Idham itu.

Oh ya pada masa yang sama, pelakon berbakat besar, namun bertubuh kecil molek, Zahiril Adzim pun sedang ligat menjalani latihan untuk persembahan teater Kompilasi Volume 2 yang akan dipentaskan di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Kali pertama ia dipentaskan, Zahiril bertindak sebagai pengarah, namun untuk kali ini, dia hanya berlakon saja.

Setahu Cik Normah teater ini sepatutnya dipentaskan pada 30 Julai hingga 2 Ogos ini. Bagaimanapun, tarikh terbaru yang Cik Normah diberitahu rakan sepejabat ia bertukar kepada 11 hingga 16 Ogos ini. Tiket untuk menonton teater ini dikenakan dengan harga RM20. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rumahanakteater.blogspot.com

No comments:

Post a Comment