Wednesday, March 17, 2010

Saksikan Pementasan Percuma RAT di Festival Seni MAP


Date: 27th March 2010 (Saturday)
Time: 7.30pm-8.30pm
Venue: Black Box (theatre), SOLARIS DUTAMAS

Theater performance by Rumah Anak Teater (in Malay)

Synopsis
Pokok Kelapa Sayang is a tale of love destroyed by economic, political, public perception, cultural and racial differences as well as choices made by the individual.

Nur Ain who is torn between her loyalty to her family and following her heart’s desire, has chosen to ignore her feelings to uphold her family’s choice in the belief that it will bring her happiness. Hasyim who holds dear to the belief of true love and has declared Nur Ain to be his one and only love has done something unintentionally cruel. What was it that he did? What is the secret behind his beloved coconut tree along the Port Dickson beach?

Pokok Kelapa Sayang

Pokok Kelapa Sayang adalah kisah seorang lelaki tua yang bernama Hasyim, berketurunan India di Malaysia yang mana telah memeluk agama Islam demi percintaan yang terjalin antara dirinya dan Nur Ain.

Percintaannya telah dimusnahkan oleh kuasa ekonomi, kuasa politik, kuasa pemikiran masyarakat, kuasa budaya dan perkauman serta kuasa pilihan yang mana setiap manusia punya hak untuk membuat keputusan.

Nur Ain yang terhimpit antara kesetiaan pada keluarga dan kehendak hatinya telah memilih untuk membutakan perasaannya bagi memperjuangkan pilihan keluarga yang dipercayainya akan mendapat kebahagiaan, namun ia berlaku sebaliknya.

Hasyim yang berpegang teguh dan mempercayai pada cinta sejatinya telah mengakui Nur Ain hanyalah miliknya seorang sahaja sehinggakan sanggup melakukan tindakkan yang diluar sedar dan kejam.

Hasyim telah menanam mayat yang dipercayainya Nur Ain bersama sebiji buah kelapa, sehingga buah itu terus membesar menjadi pokok kelapa dan menjadi sebuah tanda percintaan agung buat Hasyim sehingga ke zaman tuanya.

Hasyim mempunyai rahsia mengenai pokok kelapa sayangnya itu, dimana tersimpan sejarah hitam pada dirinya yang cuba diselami oleh Penjaga, iaitu pekerja rumah orang tua setelah pelik melihat gelagat Hasyim tua yang begitu menyayangi sebatang pokok kelapa di pantai Port Dickson itu.



KHAIRUNAZWAN RODZY
PENGARAH "Pokok Kelapa Sayang"

KHAIRUNAZWAN RODZY adalah lulusan Diploma Teater ASWARA dalam pengkhususan Pengarahan. Antara teater yang pernah di arahkan oleh beliau ialah ‘Gema Merdeka – perjuangan belum selesai’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak’, ‘Muzikal Uda dan Dara’, ‘No Exit’, ‘Waktu – sebuah Eksperimen Merdeka’, ‘Romeo dan Juliet’ dan banyak lagi. Beliau juga pernah ke Korea dalam pementasan teater tradisional bangsawan untuk Festival Teater Massan. Selain bergiat aktif dalam ASWARA, beliau juga membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur seperti di Annexe, MTC dan banyak lagi. Sekarang beliau merupakan pelajar Ijazah dalam Fakulti Teater di ASWARA.

AMERUL AFFENDI (Pelakon)

AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni Makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.

SHARIFFAH MARIAM - Pelakon

SHARIFFAH MARIAM bte Syed Abdullah atau nama pentasnya Sherry Abdullah mula berkenalan dengan dunia teater pada awal tahun 2003. Pemegang Diploma Teater ASWARA ini mula berlakon di bawah arahan Marlia Musa iaitu ‘Atap Genting Atap Rumbia’. Semasa menuntut di ASWARA, beliau banyak terlibat dalam produksi teater seperti ‘Meneachmi’ arahan Rohani Yousuff, ‘Dua Bulatan Pukul Enam’ arahan Namron, ‘The Maids’ arahan Roselina Khir Johari dan banyak lagi. Selain ASWARA, beliau pernah berlakon di KLpac iaitu ‘Race’ ,‘Kisah gadis- Gadis Jalan Burmah’ dan di Istana Budaya iaitu ‘Muzikal Ibu Zain’

INTAN DIYANA - Pelakon

INTAN DIYANA binti Zainal Abidin atau nama gelarannya dynna, pemegang Diploma Teater Di ASWARA dalam bidang lakonan. Antara persembahan yang pernah beliau lakonkan ialah Pentas Opera dan Tanda arahan Namron, Opera China Arahan Rohani Yusoff, Tok Perak arahan Syed Alwi, Ibu Zain arahan Rosminah Tahir dan banyak lagi.


Further information, please visit here.

1 comment:

Anonymous said...

ada x teater yg korang wat sesuai 4 student skolah ? dtg perform kt skolah aku bleh..hehe. or ada pementasan yang latest bulan april nie, nak bw bdk2 skolah tgk teater..

Post a Comment