Sunday, February 20, 2011

SHORT EYES: Xavier Fong sebagai Mr Nett


“Life indeed is the arts, for the very core of the arts is the heart itself. For that – our Heart is made out of 2 words - He & Art”

Jejaka berumur 25 tahun ini telah mencintai seni sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Anak bongsu ini yang suka berimaginasi ini sentiasa menginginkan pengembaraan yang luar biasa. Dibesarkan di Ipoh, Xavier beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagaicabang seni persembahan.

Di SMK Methodist (ACS) Ipoh, beliau amat aktif dengan breakdance, Hip Hop serta membuat gig Rock untuk persembahan kelab-kelab dan aktiviti sekolah. Kemudian, beliau mula menyertai the Music and Drama Society (MADSOC). Di sini mulanya beliau merasakan apa itu lakonan dan teater buat pertama kalinya.

Xavier, yang mengalami stage fright tahap yang tertinggi akhirnya mendaftar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) [sekarang lebih dikenali dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)] dan dianugerahkan Siswazah Fakulti Teater Terbaik tahun 2008, dan merupakan graduan Cina fakulti teater yang pertama di ASWARA.

Antara drama-drama, filem dan telemovie lakonan beliau adalah Lembing dan Layang (ASTRO Citra), Senja Permai (ASTRO Prima), K.I.T.A. (ASTRO Ria), Frontpage & Hartamas (NTV7), Gadoh (DVD Movie), Belukar (Movie 2010), dan beliau pernah memegang watak utama sebagai Alvin dalam Angpow untuk Mama (RTM 1 – Telemovie Raya Cina).

Xavier juga amat dikenali dalam persembahan Muzikal, Bangsawan, Opera Cina,dan persembahan teater. Antaranya - Grease the Musical (Danny Zuko & Kenickie), Cats the Musical (Rum Tum Tugger), West Side Story (Riff), Sweeney Todd (Sweeney Todd), Aladdin (Aladdin), The Little Mermaid (Scuttle), The Anger in Ernest & Ernestine (Ernest), Bangsawan Menjunjung Duli Mahkota (Sultan Badrul Shah), Bangsawan Laksamana Cheng Ho (Maharaja Meng), Opera Cina Si Yatim Chao (General Han Chueh & Han Shin), Prince Charming’s Complaint – Monologue (Prince Charming), Play Me – adaptasi SAW the Movie (Dr. Gordon Lawrence) dan sebagainya.

Drama terbaru lakonannya adalah bersama terbitan Kash Picture’s Drama Inggeris 13 Episod, berjudul “CROSSINGS” sebagai Anthony (Antoine). CROSSINGS akan mula dimainkan pada bulan Ogos 2010 di NTV7.

Keterangan lanjut mengenai pementasan SHORT EYES.

No comments:

Post a Comment