Wednesday, April 13, 2011

Pada Sebuah Ketentuan - Buku Baru Ayam Fared




Prakata oleh Amaluddin Zhafir

Tajuk: Melalonibaquloikeh

Sebelum menulis, Babi ini sedang menunggu lebih sejam di depan
sebuah klinik, sambil makan durian bersama seorang pesakit.

Waktu hujan tengah merendang, di Sentul, Babi ini mula menulis.

Dalam menulis super pantat, sebagai salah satu “suara anak muda,”
(merujuk kepada apa Ayam gelarkan kepada Babi ini tak lama dulu)
adalah perkara yang sangat-sangat mudah:

telan sebelum mula.
bila letih, itulah penghujungnya.
dan bila disiar,
berat-berat malu ini
akan berciciran sepanjang jalan,
sampai mampus.

Mereben tamat di sini; sesi meracau, bermula.

Persoalan: Siapa Ayam Fared? Sebab apa dia menulis? - benda ni, hampa
boleh google sendiri.

Alasan-alasan klise tentang “sebab apa menulis,” dah macam orang
politik/aktivis - bosan, merendang, berkickkan kenaifan, dan syok
sendiri.

Ayam Fared pernah cakap dekat aku dulu bila ditanya, macam mana dia
boleh cool bila berhadapan dengan sekumpulan polis agresif. Katanya, dia
boleh cool sebab satu benda: Puisi. Puisi weh! Ah, betapa suci murninya
kegelapan Ayam Fared. Nak menangis, tapi ego ni menggagapkan pula.

Aku tangkap yang dia menulis puisi untuk meluahkan kemarahan dia.
Kalau tak percaya, hang pi tanya brader-brader ultra cool kat Frinjan
dll., macam mana Ayam perform. Atau semak kat youtube lah senang.
Revolusi semua di youtube.

Tapi, selepas dia buang kemarahan dia, apa dia rasa lagi? Aku tak tau,
aku tak nampak dan sememangnya aku buta dengan kehijauan sintetik.

Bagaimanapun, kepedulian kita-kita, yang kemaruk membaca puisi,
bukan pada personaliti Ayam, atau t-shirt Pagoda dia pakai tu ori ka tak.

Kepedulian kita, sebagai makhluk rasional tak percaya hantu, sepatutnya
diletakkan pada ‘suara’ dia, pada puisi dia.

Apa puisi dia tulis ni?

Hah, ini kes berat. Nak menggunakan suntikan pseudo-intelektual, dan
mengeluarkan perkataan-perkataan, sangat-sangat menyesakkan aku. -
aku bukan dalam arena itu.

Lintas katok bila berxanax, lari bila ada masalah.

Tapi, tunggu dulu, godam dulu dan tapis berlapis puisi-prosa-cakar dari
makhluk ini. Cakar-cakar ‘curi’ dari Ayam Fared ini, pelik luarannya,
normal dalamnya. Niatnya, niat murni. Hatinya, adalah inner longing
kita semua - nak kick 24 jam.

Dan dunia sedang menunggu setiap kegilaan supaya menjadi pahala.
Puisi adalah malapetaka meteoroid dari dunia intergalaktik prosa
pujangga ini yang wanginya membuatkan mata-mata angkuh tertunduk
terkejut melihat kaki sendiri (sebab kebodohan, graviti dilupakan).

Tetapi dalam lingkungan penyair-penyair ini - tiada sempadan.

Dan setiap keping hati, mata, telinga dan segala bana daging-daging/
jiwa-jiwa yang terdesak melawan kebodohan, ketidakfahaman
perkataan, buat-buat angguk tanda setuju faham, akan mampus -
seperti pengulangan sejarah, seperti CD calar yang dah dimain berulang
kali. Tempat mereka dalam sejarah, ada dalam perut ulat-ulat di kubur.
Tarak guna sesen pun.

Mampus, mampus dan mampus, bila para manusia gila, para ahli falsafah
jalanan, para penyair lorong, para pelacur muda, para aktor dadah,
banduan-banduan sunyi-berisi, dan para si celaka tak rindu mak bapa
di kampung, bangun sebagai SATU malapetaka dan berkongsi sejuta cita
dan rasa sebagai seekor, seekor, seekor, seekor AYAM.

Ini, mukasurat seterusnya ialah mengenai Ayam Fared. Ayam Fared,
yang sekarang ini ditertawa berdekah-dekah oleh malaikat/setan, untuk
sebuah ketentuan.

Zhafir,
Aficionado logi nuklear.


Tajuk Buku : Pada Sebuah Ketentuan -puisi dan catatan Ayam Fared
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem
Harga : RM20

Boleh mula didapati bermula 22 april 2011 ini di Kuala Lumpur International Book Festival) di booth Gerakbudaya, atau beli terus secara online dari Ayam Fared atau Faisal Mustaffa.

1 comment:

Anonymous said...

lu meracau apa mat? jiwa lu kusut. aku baca tp aku malas nk faham..bodoh!!

Post a Comment