Wednesday, August 3, 2011

Biodata Pengarah Teater ‘SeNaPaS’


Khairunazwan Rodzy merupakan salah seorang graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teater dalam pengkhususan pengarahan dan bergiat aktif sebagai aktivis teater di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau merupakan seorang pengarah muda yang sangat berbakat dan mendapat perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak. Antaranya, ASWARA yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau menjadi pengarah teater muzikal bertajuk ‘Muzikal Tun Abdul Razak’ (2008) yang telah di pentaskan di Panggung Eksperimental Aswara. Di samping itu, beliau juga mendapat kepercayaan tinggi dari pengarah filem popular terkenal iaitu Erma Fatima yang melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada teater arahan Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dalam pementasan ‘Teater Sirah Junjungan’, ‘Sirah Junjungan Tahajud Cinta’ Dan ‘Teater Natrah’.
Selain daripada itu, Khairunazwan Rodzy merupakan seorang pendidik yang berkaliber. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan realiti TV ‘Pilih KASIH 1 dan 2’ terbitan RTM. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater. Antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘Pegawai Khalwat (ASWARA)’ , ‘Teater Eksperimental; Manusia Hina (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (ASWARA)’, ‘No Exit (ASWARA)’, ‘Romeo dan Juliet (ASWARA)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (ASWARA)’, ‘Waktu – Sebuah Eksperimen Merdeka (MTC)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (ASWARA. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASWARA)’, ‘Projek Koken – Pokok Kelapa Sayang (Stor DBP)’, ‘Projek Koken – Tanda – Ikan Paus (PJLa)’ , 'Selamat Jalan Anak Kafir (Stor DBP)' , ‘Pokok Kelapa Sayang (UM, SOLARIS, ASWARA)’, ‘Menyerahnya Seorang Perempuan (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi.

Baru-baru ini, beliau telah diberi kepercayaan oleh Istana Budaya untuk menjadi pengarah kepada pementasan ‘Teater Badai Semalam’ yang bakal dipentaskan pada bulan November 2011 di Panggung Sari Istana Budaya.

Maklumat lanjut mengenai pementasan ini di sini.

No comments:

Post a Comment