Friday, January 6, 2012

Pelakon Kampong Chetek AKU MANUSIA BERDOSA Teater Kompilasi V


DIRA ABU ZAHAR telah mula berjinak dengan lakonan pentas dan lensa kamera sejak empat tahun yang lalu. Dalam jangkamasa tersebut Dira sudah pun terlibat dalam lima buah filem iaitu Untuk 3 Hari ( Tarantela- Afdlin Shauki), Chow Kit ( GB Films - Dhojee & Brando), Pontianak vs Orang Minyak (Vision Works - Afdlin Shauki), Ngorat ( Line Clear - Prof Razak Mohaideen) dan Papadom 2 ( Tayangan Unggul & Vision Works - Afdlin Shauki).

Sungguhpun Dira lebih terserlah sebagai pengacara program hiburan Melodi, beliau juga pernah terlibat dalam 12 siri drama TV. Antaranya Cinta Tanpa Suara (Khalid Arab), Delima (Jamal Khan), Dua Kali Aku Mencintaimu ( Joeza), Rona Roni Makaroni (Shahrulezad), Merah Puteh (Azma Aizal Yusof), Tower 13 (Khabir Bhatia), Kekasihku Seru (Khabir Bhatia), Aki Nabalu (Khabir Bhatia), Arjuna (Elmy), Crossings (Prakash), Tiramisu dan Tahajjud Cinta.

Selain itu, ibu beranak satu itu yang juga gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi itu juga pernah berlakon dalam telemovie seperti 100 harijadi (Woo Ming Jin), Perempuan (Fahmi Sarudi), Tiga (Wan Hasliza), Rumah Tinggal (Jason Chong), Tipah Torpedo (Azma Aizal Yusof), Salah Mesej Suami (Moon), Ku Sangka Malam Kiranya Siang (Jurey Latif Omar) dan Senyawa (Faizal Arif).

Pertama kali Dira berjinak dengan panggung teater ialah pada tahun 2008 ketika memainkan watak utama Cikgu Zaleha dalam Legasi melalui Teater Kompilasi II dan kemudiannya Tanda melalui Teater Kompilasi III. Kedua-duanya di bawah terbitan Rumah Anak Teater.

No comments:

Post a Comment