Monday, February 20, 2012

PUBLIKA raikan filem terbaik era 1946 “The Great Expectation”



Publika yang bertempat di Dutamas yang siap sepenuhnya panggung terbukanya memulakan aktivitinya dengan penayangan secara percuma filem-filem terbaik semasa era 40an.

Pada 7 Februari 2012 lalu, mereka menayangkan filem yang pernah meraih dua anugerah di Academy Awards (Pengarahan Seni Terbaik dan Sinematografi Terbaik) dan telah dicalonkan untuk tiga yang lain iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem “Great Expectations” yang diterbitkan pada tahun 1946 dan di arahkan oleh David Lean ini merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel karya Charles Dicken. Bulan Februari ini pihak penganjur memilih untuk mengangkat filem dari British dan hasil kerja Charles Dicken’s. Mereka memilih karya Charles Dicken’s sebagai menghargai hasil kerja Charles Dicken’s dan kebetulan pada 7 Februari yang lalu merupakan ulang tahun kelahiran beliau.

Charles Dicken’s merupakan antara penulis Inggeris yang terkenal. Kerja-kerja Dicken’s dikategorikan sebagai penulisan yang menyerang ke atas kejahatan sosial dan kepura-puraan.

Pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran ini, Alex Yong berkata, “Kami mengadakan tayangan pada setiap hari Selasa dan bulan ini kami menayangkan filem dari British, bulan hadapan pula dari Jepun dan berikutnya.”

“Great Expectations” mengisahkan tentang anak yatim yang selalu merendah diri dan berubah menjadi seorang lelaki yang hebat dengan bantuan seorang dermawan yang tidak dikenali.

David Lean sebagai pengarah “Great Expectations” turut dikenali dengan karyanya yang lain “Oliver Twist”,” Lawrence of Arabia” and “A Passage to India.”

Terdapat dua buah naskah klasik Charles Dicken’s yang David Lean pilih untuk menjadikan sebuah filem. “Great Expectations” pada tahun 1946 yang mendapat banyak pencalonan Academy Awards. Filem “Oliver Twist” pada tahun 1948 juga dipandang tinggi dan mempunyai prestasi.

“Great Expectations” dipandang mempunyai sinematografi yang terbaik kerana apabila kita menonton filem ini,setiap gerak geri dalam bingkai kamera itu membantu kita untuk mendapatkan emosi yang tepat. Beri kita rasa yang sama seperti watak tersebut rasa.
Contohnya di awal cerita, apabila Pip bertemu dengan orang asing di kawasan perkuburan, kamera seakan-akan menjadi mata untuk Pip memandang kawasan sekeliling dan cuba untuk melarikan diri. Dan apabila dia mula berlari, kamera turut berlari. Perasaan cemas Pip dapat kita sama-sama rasakan. Filem ini juga menggunakan ruang yang ada dengan sangat baik. Walaupun kadang-kadang kita lihat kawasan tersebut agak sempit tapi kedudukan kamera dapat menutupi kelemahan tersebut.

Tidak hairanlah sekiranya filem ini pernah dianugerahkan dengan Anugerah Sinematografi Terbaik.

Filem ini membangunkan beberapa tema yang sangat sesuai untuk remaja. Ia turut melihat hubungan antara lelaki dan perempuan, dan melahirkan rasa takut apabila ada orang asing yang hadir dalam hidup kita pada waktu malam. Filem ini juga menunjukkan kekasaran masyarakat Inggeris apabila bermulanya sebuah Revolusi Perindustrian dalam abad awal ke-18 dan awal ke-19.

Pada hari tayangan tersebut, penonton yang hadir kebanyakannya adalah berbangsa Cina dan pelajar-pelajar dari negara asing yang teruja dengan filem tersebut. Tidak ramai peminat-peminat filem dari kalangan Melayu yang berada di sana untuk menonton filem ini kerana mereka lupa akan tiada yang baru tanpa yang lama. Mungkin disebabkan kesukaran dalam memahami jalan sesebuah cerita seperti filem “Great Expectations” ini.

Alex Yong selaku penganjur tidak bersetuju bila dikata tayangan ini dibuat untuk memperkenalkan dan mempromosi Publika. “Tayangan ini dibuat untuk mengangkat pembikin filem yang bergerak sendiri, filem mereka mungkin sukar untuk didapati dan apa yang kami lakukan adalah untuk memudahkan orang ramai yang ingin menontonnya..Publika hanya menyediakan tempat untuk tayangan dijalankan,” ulas beliau.

No comments:

Post a Comment