Saturday, June 30, 2012

Teater percuma mengenang Teoh Beng Hock pada Julai




KUALA LUMPUR, 27 JUN: Sebuah persembahan teater percuma dalam Bahasa Melayu akan diadakan sempena memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock pada 6 hingga 8 Julai bertempat di Indicine, KLPAC Kuala Lumpur.

Teater “Beng Hock” yang diarahkan oleh Hariri Abdul Jalil yang mengambil masa 40 minit akan dipentaskan oleh Rumah Anak Teater pada 6, 7 dan 8 Julai. Untuk mendapatkan tiket percuma, sila e-mel rumahanakteater@gmail.com.

Satu pementasan juga akan diadakan di PenangPAC, Pulau Pinang pada 13 dan 14 Julai di mana bayaran masuk RM15 akan dikenakan.

Bacaan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment