Sunday, June 30, 2013

SELAK : SERAK Dramaturge / Sinografer



Azzad Mahdzir mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris. Sebelum berkecimpung dalam bidang seni sepenuh masa sebelum 2011, Azzad sudah pun dihantar untuk mengajar selama beberapa tahun di beberapa kolej di Labuan (with a short stint in Dehradun, Uttarakhand). Semenjak itu, beliau banyak membuat kerja-kerja penterjemahan, penyelidikan dan menulis bahan buat rancangan televisyen. Beliau juga membantu pengarah dalam pembikinan video muzik, dokumentari televisyen dan layar perak disamping pementasan eksperimental. Penampilan pertamanya ialah menerusi pementasan teater Beng Hock (2012), di mana dia menjadi pengurus pentas dan pada masa yang sama mwmbawa watak yang kecil.

Pada tahun ini, Azzad akan mempamerkan instalasi videonya buat pertama kali berjudul “Going”    untuk DreamLab Exhibition di Art Row, Publika. Sebagai penerima geran mentor-mentee oleh Kakiseni dan Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara (JKKN), beliau akan bekerjasama dengan Nam Ron dalam mementaskan teater pada November 2013 akan datang. Beliau juga sedang dalam proses eksplorasi hijab untuk projek instalasi videonya yang bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini.

Keterangan lanjut mengenai pementasan SELAK : SERAK

SELAK:SERAK Statistik kematian dalam lokap (2000-Februari 2010)


Statistik antara tahun 2000 hingga Februari 2010 menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang Melayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes kematian bagi warga asing.

Friday, June 28, 2013

teater SELAK : SERAK


PENGURUS PENTAS

MUHAMAD NAZIM BIN OTHMAN
Kini sedang mengikuti latihan perindustrian bersama Rumah Anak Teater, Nazim (20 tahun) menganggap projek teater ini menjadi pelantar baru baginya dalam menempuh profesion sebagai pemain di dalam industri. Masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan lakonan, beliau menganggap tanggungjawab sebagai Pengurus Pentas dalam satu projek yang melibatkan orang awam dan bermain dengan isu semasa merupakan pengalaman buatnya. Di dalam ASWARA, Nazim sudah pun menjalani pengurusan pentas melalui teater Jam Dinding yang Berdetak (2013). Nazim juga terlibat dalam kumpulan flashmob Akademi Fantasia 2013 di bawah tajaan Astro. Selain itu, pelajar dalam jurusan lakonan ini sudah pun berlakon dalam lebih daripada 20 pementasan teater.

Maklumat lanjut mengenai pementasan di pautan ini.