Tuesday, December 31, 2013

Pelakon AWEK CHUCK TAYLOR



Elza Irdalynna mula berlakon sejak umur 3 tahun dan telah berkarya selama 23 tahun sebagai seorang pelakon, penulis, pengarah, penerbit, guru dan juga pelakon suara. Beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2006 bagi lakonannya dalam "Lebih Bisa Dari Jelatang". Elza merupakan satu-satunya penerima pertama buat Anugerah Biasiswa Astro Shaw dan kini mempunyai Diploma dalam Seni Persembahan dari Universiti Sunway. Beliau berlakon buat televisyen dan filem, dan juga pentas. Antaranya ialah pementasan teater "Neil Labute's The Shape of Things", "Mak Yong : Titis Sakti", dan "Madu II" , dan filem "Talentime" arahan Yasmin Ahmad merupakan filem sulungnya. Sejak 2008, beliau mengajar drama, bersama Blubricks Learning Studio. Beliau juga penulis sambilan bersama Free Malaysia Today.

Pementasan bengkel: 14-16 Februari 2014
Pementasan penuh: 24 & 25 Mei 2014