Saturday, May 31, 2014

Sex, marriage and Murder



A contemporary Malay drama shows we have a lot of problems in common

THE ASEAN ECONOMIC Community is a little over seven months away and many of us are still learning a few greetings and memorising the name of the other nine member countries' capital cities.

In terms of the performing arts, the caretaker government has allocated a special AEC budget that allows Thai students to dress up and study the traditional dances of our neighbours, though quite what this hopes to achieve is anyone's guess.

While traditional performing arts are an important part of each country's national heritage, a look at their contemporary arts could give us a much better idea of what our neighbours are all about.

Read more here.

Tuesday, May 27, 2014

Lawak Berdiri CERITA MALAM JUMAAT 29Mei 2014, 9pm


Kali ini lawak berdiri (sebut standup comedy) CERITA MALAM JUMAAT akan menjadi sebahagian daripada PJLAUGH FEST.

Antara Komik yang akan membuat persembahan mereka:

Hishamuddin Rais
Rayza Mukmin
Isey Fazlisham
Teruna Wangi
Benjy

Hos bagi CERITA MALAM JUMAAT kali ini ialah Faisal Mustaffa.

Keterangan lanjut 

Tempahan tiket

Tuesday, May 20, 2014

PELAKON TEATER AWEK CHUCK TAYLOR



Mohd Haizal Yatiran bekas pelajar Lakonan & Pengarahan di Universiti Sains Malaysia. Bergiat aktif dalam lakonan dan pengarahan pentas semasa pengajian dan dua hingga tiga tahun selepas tamat pengajian. Pernah terlibat dalam beberapa produksi teater di Pulau Pinang sebagai pengarah dan pelakon. Biasa juga terlibat dalam beberapa pementasan teater eksperimental, Mak Yong, Bangsawan,  Wayang Kulit dan Kuda Kepang. Pernah berlakon dalam teater eksperimental bertajuk “Arah”, teater “Harga Sebuah Maruah”, dalam Mak Yong berjudul “Anak Raja Gondang” dan pernah menjadi tok dalang dalam sebuah persembahan wayang kulit. Pernah berlakon dalam drama “Layang-Layang Terputus Talinya” dan “Gerak Khas – Marin”. Sebagai pengarah, beliau mengarahkan pementasan projek akhir bertajuk “Si Bongkok Tanjung Puteri”. Juga aktif dalam teater dan persembahan jalanan.

Tersedar bahawa ‘pementasan drama’ sebenar wujud di luar pentas drama teater, beliau menjerumuskan diri dalam bidang kemasyarakatan sebagai ahli produksi sepenuh masa. Bertindak sebagai pemerhati, pengkritik, aktivis dan hamba abdi dalam drama sebenar masyarakat menjadi pekerjaan tetap beliau sehingga masa biodata ringkas ini ditulis. Agar tidak menjadi seorang yang kelihatan poyo, beliau meneruskan kerja sebagai yang dinyatakan di atas.

Maklumat lanjut
Belian tiket: 0172002944

Monday, May 12, 2014

Pelakon AWEK CHUCK TAYLOR



Nama yang diberikan kepada beliau dieja begini; Fikri Azzim bin Jumadi. Anak kelahiran negeri Johor ini banyak menghabiskan masa membesar di luar Johor itu sendiri. Bersekolah rendah di SK Taman Uda, Alor Setar, Kedah; beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat menengah rendah di MRSM YT Besut, Terengganu dan menengah atas di MRSM Taiping, Perak.


Penggemar kucing Parsi dan suka meluangkan masa menonton Star Wars berulang kali. Selalu dijumpai berlegar di kedai buku mencari bahan menelaah percuma yang baru. Kadang-kadang beliau berkicau sejurus selepas makan di laman Twitter. 

Maklumat pementasan di sini.
Tempahan tiket di sini.

Wednesday, May 7, 2014

LAWAK BERDIRI 'CERITA MALAM JUMAAT' 8 MEI 2014


Lawak berdiri sidang ke-2 (sebut standu comedy) akan diadakan pada 8 Mei 2014.
Berikut ialah komik-komik yang akan membuat persembahan nanti:

1. Fadly KC
2. Rayza Mukmin
3. Benjy
4. Isey Fazlisham
5.Hishamuddin Rais

Hos kita kali ini ialah Atiq

Tagline kami tetap "BUKAN NAK KATA APA"

Keterangan lanjut di sini.

Belian tiket online atau hubungi 017-2BUY-TIX

Lokasi